Assalam
wbt,
Selamat bertemu kembali.
Mari
kita berkenalan sedikit tentang cuaca di negara kita. Semua sudahpun tahu yang negara
kita terletak betul-betul di garisan khatulistiwa dan kaya dengan hutan hujan
tropika. Allah telah atur sebaik mungkin kehidupan flora dan fauna di negara
kita yang mana kita dapat saksikan sendiri mereka tetap hidup subur dan berkembang
biak walaupun adakalanya cuaca menjadi terlalu ekstrem samada terlalu panas atau terlalu sejuk. Tidak dapat dinafikan ada kalanya mereka juga akan turut mati disebabkan cuaca ekstrem
yang melanda.
Malaysia
dan negara-negara Asia Tenggara lain pada amnya memiliki musim cuaca yang
hampir serupa iaitu panas dan lembab sepanjang tahun berlainan daripada
negara-negara yang berada di garisan latitud pertengahan hinggalah ke kutub yang menyaksikan sistem cuaca yang agak sedikit berlainan daripada negara kita iaitu musim panas, luruh, bunga dan sejuk pendek kata sistem empat musim.
Saya
ringkaskan sedikit sistem cuaca dan iklim di negara kita di dalam jadual di
bawah. Maklumat penuh tentang cuaca dan iklim boleh diperolehi melalui laman
sesawang www.met.gov.my.
Bulan
(Secara Amnya)
|
Musim
|
November
- Mac
|
Musim
Timur Laut (Tengkujuh)
|
Mei -
September
|
Musim
Barat Daya
|
April
dan Oktober
|
Musim
Peralihan
|
Cuaca
esktrem bagi sesetengah orang disebut sebagai cuaca melampau tetapi mungkin ada
benarnya kerana dalam kamus dewan pun guna perkataan “melampau” walaupun ianya
diambil daripada perkataan Inggeris “extreme”. Tak semestinya cuaca yang sedang berlaku di
luar rumah sekarang boleh menjadi ekstrem kadang-kadang cuma hujan atau
panas biasa sahaja, jadi persoalannya, bilakah cuaca yang berlaku akan menjadi
esktrem?. Jawapanya, cuaca dikategorikan ekstrem bila kehadirannya melebihi
daripada kadar biasa. Pendek kata kehadiran cuaca esktrem boleh mengundang
bencana kepada penduduk bumi.
Persoalan berikutnya, apakah tahap cuaca esktrem yang boleh dikategorikan sebagai bencana?. Kerana, adakalanya hujan lebat yang turun melebihi kadar biasa tidak juga meninggalkan sebarang kesan pada harta dan nyawa manusia. Bagi merungkai persoalan ini kita harus merujuk kepada definisi bencana yang telah diterbitkan daripada sumber seperti di bawah.
Persoalan berikutnya, apakah tahap cuaca esktrem yang boleh dikategorikan sebagai bencana?. Kerana, adakalanya hujan lebat yang turun melebihi kadar biasa tidak juga meninggalkan sebarang kesan pada harta dan nyawa manusia. Bagi merungkai persoalan ini kita harus merujuk kepada definisi bencana yang telah diterbitkan daripada sumber seperti di bawah.
Definisi
Bencana oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
“Suatu
kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara,
melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan
kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya
dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif.”
Sumber
: Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan
Bencana - Semakan 2012; http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/
Apakah kaitan Gempa Bumi dan Cuaca Ekstrem
Secara
amnya, memang ada sedikit perbezaan antara kedua-dua kejadian alam ini. Cuaca
biasanya datang daripada atmosfera dan turun ke bumi seperti hujan, salji, ribut
petir, angin kencang, jerebu, kabus, kabut dan lain-lain. Gempa bumi adalah
fenomena yang datang dari kerak bumi iaitu bentuk tenaga yang dilepaskan secara semula
jadi akibat daripada pergeseran pada kerak bumi. Yang menjadi persamaan kepada
kedua-dua kejadian ini adalah hasil yang ditinggalkan kepada penduduk bumi ini
iaitu bencana. Sebagai contoh, angin kencang yang datang dalam bentuk taufan akan
meninggalkan kesan bencana yang sama seperti gempa bumi iaitu rumah rosak dan
adakalanya boleh meragut nyawa.
Apakah kaitan Gempa Bumi dan Tsunami
Seperti
yang dinyatakan di atas, gempa bumi berpunca daripada sejumlah tenaga yang
dilepaskan akibat daripada pergeseran kerak bumi yang telah wujud secara semula
jadi. Muka bumi yang wujud sekarang ini pada asalnya terbina hasil daripada
pergerakan kerak bumi sejak beribu ribu tahun dahulu lagi. Gempa bumi boleh
terjadi samada di daratan ataupun lautan.
Gempa bumi yang terhasil daripada
kerak bumi di daratan boleh menyebabkan kita merasa bergoyang seakan akan
pening kepala. Ini berlaku kerana gelombang tenaga atau apa yang dipanggil
Gelombang Seismic (Seismic Wave)
daripada Titik Gempa (Epicenter)
bergerak ke permukaan bumi. Gelombang ini bergerak dalam pelbagai arah dan pada kelajuan
yang berbeza. Terdapat dua jenis gelombang utama yang sangat penting iaitu Body Waves (BW) dan Surface Waves (SW). Kelebihan BW
ialah ianya dapat bergerak dari titik gempa di dalam kerak bumi menuju ke
permukaan dan seterusnya SW akan meneruskan
pergerakan pada permukaan bumi. Pada kebiasaanya, kita dapat merasa kedua-dua
gelombang ini jika titik gempa berlaku berdekatan dengan kediaman tetapi
kehadiran SW lebih mudah dirasai. Bangunan atau rumah yang bergoyang adalah
disebabkan kehadiran SW. Pada kebiasaanya kehadiran SW lebih ditakuti kerana kesan
goyangan dan goncangan boleh mengundang bencana akibat daripada retakan ataupun
runtuhan bangunan.
Gempa
bumi yang berlaku di daratan tidak akan menyebabkan berlakunya tsunami
sebaliknya jika ianya berlaku di dasar lautan, ianya boleh berlaku. Namun,
tidak semua gempa bumi yang berlaku di dasar laut boleh mengundang tsunami.
Ada beberapa kriteria lain yang diperlukan bagi membolehkan sejumlah isipadu
air bergerak menuju ke pantai.
Insyallah,
saya akan cuba berkongsi maklumat lanjut mengenai kejadian cuaca esktrem, gempa
bumi dan tsunami pada ruangan akan datang.
Sekian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment