Assalam wbt,
Tiada siapa dapat bertelagah tentang salah siapa yang
menyebabkan berlakunya bencana di sana sini kerana secara terang MANUSIAlah puncanya.
Sikit atau banyak manusia tetap membuat kerosakan cuba lihat dikeliling kita,
sampah berserakan, pokok-pokok ditebang, bukit digondolkan dan seribu satu
kesilapan yang dilakukan oleh kita samada dengan atau tanpa sedar. Allah Maha
Perancang dan Mengetahui tentang kelemahan ciptaanNya yang bernama manusia lalu
memberi sedikit ujian dan dugaan agar kita dapat kembali kepadaNya seperti ayat
di bawah yang tercatat di dalam Surah Ar-Rum (30:41). Rujukan online: www.surah.my.
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan olehtangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasanperbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
Ujian dan dugaan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang
hidupnya kaya tetapi jiwa kacau, ada yang sihat tetapi diuji dengan kemiskinan,
ada yang walaupun sudah susah dan miskin tetapi tetap diuji dengan kehidupan
yang sangat melarat dan ada yang diuji dengan bencana cuaca yang tidak pernah putus.
Dalam konteks kita pada ruangan ini dan akan datang, Insya
Allah, kita akan cuba memahami bagaimana bencana ini terjadi yang akhirnya
tanpa disedari kitalah puncanya.
Sekian. Wassalam.

No comments:
Post a Comment