Assalam
wbt,
Selamat
bertemu kembali.
Episod
lalu kita telah melihat secara asasnya di mana saya akan cuba membawa pembaca
untuk melihat kepada skop yang lebih luas di dalam isu-isu cuaca esktrem dan
bencana alam yang semakin menjadi perhatian rakyat Malaysia yang sangat
menghargai keamanan.
Kali
ini saya akan cuba terlebih dahulu untuk berkongsi tentang bagaimana pemantauan
cuaca dilakukan. Semua telah maklum, Jabatan Meteorologi Malaysia yang kini
dikenali sebagai singkatan MetMalaysia diberi amanah berat untuk memantau cuaca
di seluruh negara. Banyak maklumat mengenai jabatan ini boleh diperolehi
daripada laman sesawang www.met.gov.my. Banyak
seksyen-seksyen menarik yang diwujudkan untuk menyokong MetMalaysia bergerak selaras
dengan wawasan menjadi pusat perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang
terbaik menjelang negara maju 2020.
![]() |
| Ibu Pejabat MetMalaysia di Petaling Jaya |
Secara
umumnya, pusat perkhidmatan yang beribu pejabat di Petaling jaya menjadi
pentadbir kepada cawangan cawangan setiap negeri di Malaysia. Banyak cawangan
utama yang dikenali sebagai Pejabat Meteorologi (PM) di tempatkan di hampir
semua Lapangan Terbang seperti di Pulau Pinang, Pahang, Butterworth, Sarawak,
Sabah, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan. PM Negeri lain juga
turut di wujudkan seperti di Perlis, Kedah, Langkawi, Perak dll. Selain itu,
pihak MetMalaysia mengambil inisiatif memilih beberapa kawasan yang strategik
bagi meletakkan beberapa alat pencerapan yang berfungsi secara automatic tanpa
pegawai (stesen auxiliary).
Penubuhan
PM di setiap negeri-negeri serta stesen auxiliary adalah untuk mendapatkan data
pencerapan terhadap unsur-unsur cuaca bagi membantu Pegawai Meteorologi ataupun
kalau dahulunya dipanggil Pegawai Kajicuaca membuat pentafsiran. Antara bahagian-bahagian
dan seksyen-seksyen menarik yang diwujudkan adalah seperti seksyen Radar dan Satelit,
Kaji Iklim, Numerical Weather Prediction (NWP), Pusat Gempa dan Tsunami
Nasional, Pusat Cuaca Nasional dan lain-lain. Kewujudan bahagian-bahagian dan
seksyen-seksyen tersebut serta yang lain-lainnya mampu meletakkan MetMalaysia
sebagai sebuah agensi yang cemerlang di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI).
Apakah unsur-unsur
cuaca yang dicerap?
Siapakah Pegawai Meteorologi?
Sebelum
kita melihat dengan lebih jauh tentang signifikasi mencerap kesemua unsur-unsur
cuaca tersebut kita akan melihat terlebih dahulu kakitangan yang bertanggung
jawab menjalankan kerja-kerja pemantauan cuaca di seluruh pejabat seperti yang dibincangkan
di atas.
Secara
umumnya, mereka mempunyai dan berkelulusan samada Ijazah Sarjana Muda Sains di
dalam bidang Matematik, Fizik atau Oceanography.
Bidang-bidang tersebut diperlukan di dalam kerjaya ini kerana ia adalah asas
kepada ilmu meteorologi yang merangkumi pengetahuan menyeluruh dari aspek sains
dan matematik. Memandangkan kerjaya ini bukan berada dalam kerjaya “main stream” negara seperti Pengurusan,
Kewangan, Perakaunan, Kejuruteraan, Doktor dll, mereka-mereka yang berjaya dilantik
menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan tetap disediakan latihan yang
secukupnya oleh jabatan sebelum memulakan khidmat. Pegawai baharu akan dilantik
bermula daripada gred C41 dan seterusnya berpeluang untuk menikmati kenaikan
pangkat sehingga ke gred utama iaitu JUSA C/B tertakluk kepada kemampuan,
kebolehan, kepakaran dan jawatan yang wujud dalam jabatan.
Pegawai
meteorologi akan turut dibantu oleh beberapa pegawai sokongan daripada Penolong
Pegawai Meteorologi (C27) yang berkelulusan Diploma dan Pembantu Meteorologi
(C17) untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kesemua
pegawai dan pegawai sokongan akan ditempatkan ke mana-mana lokasi yang terdapat
kekosongan sejurus tamat dan lulus di dalam kursus Asas Meteorologi. Ada yang
bakal ditempatkan di seskyen-seksyen tertentu berdasarkan penilaian dan
pemilihan yang dibuat terhadap prestasi dan kemampuan pegawai daripada semasa
ke semasa. Bagi yang telah ditempatkan di seksyen yang memerlukan pegawai untuk
membuat pemantauan cuaca penerbangan di stesen atau pejabat pemantauan, mereka
diwajibkan untuk menduduki peperiksaan Aviation
Meteorological Proficiency (AMP) bagi melayakkan mereka berkhidmat di
seksyen tersebut sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh World Meteorological Organization (WMO).
Bagi
pegawai yang ditempatkan di Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional (PGTN) pula,
mereka tidak akan terlibat dalam kerja-kerja memantau cuaca tetapi lebih
tertumpu kepada memantau kejadian gempa bumi dan tsunami. Kaedah pemantauan dan
sistem yang digunapakai adalah jauh berbeza daripada yang diamalkan oleh
pemantau cuaca.
Insyaallah, kita akan bersambung pada ruangan berikutnya.
Wassalam

terima kasih atas maklumat, saya memang beringin menjadi terlibat dalam bidang meteorologi ini..
ReplyDelete-pelajar smk
POV :V
DeleteGreat and I have a nifty supply: How Much Do House Repairs Cost victorian home renovation
ReplyDelete