Assalam
wbt,
Dan Kami hantarkan angin sebagai
pembawa air dan pemindah
benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu
meminumnya; dan bukanlah
kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. (Al-Hijr 15:22)
Contoh Carta Angin
Berikut adalah contoh carta angin di Semenanjung Malaysia pada 1 April 2010 pada ketinggian 5000 kaki daripada ketinggian purata paras air laut
a) Angin bergerak daripada Timuran pada kelajuan 5 – 10 knot sekitar antara 10 – 20 km/j.
b) Terdapat pusaran angin di pantai barat iaitu diperairan Selat Melaka
c) Arah angin adalah sedikit berbeza di Indonesia di mana secara amnya angin bertiup daripada Utara pada kelajuan sekitar 5 knot atau 10 km/j
Kesimpulan Carta:
Kesimpulan
awal yang boleh diperkatakan daripada carta angin di atas adalah kemungkinan
berlakunya aktiviti hujan lebat dan ribut petir di perairan Selat Melaka untuk beberapa ketika dan dijangka akan
turut dirasai sehingga ke negeri Pulau Pinang dan utara Perak.
Persoalan
yang timbul adalah mengapa pusaran angin yang terjadi di perairan Selat Melaka
berkemungkinan menjadi hujan dan ribut petir?.
Angin yang datang daripada arah timur menuju pantai barat
semenanjung mungkin membawa bersama wap air yang terperangkat di atmosfera. Wap
air yang terbentuk semasa proses pengembangan udara akibat pemanasan muka bumi
(convection). Wap air setelah bergerak
beberapa ketika pada kelajuan 10 knot dan kemudian memperlahankan kelajuan
perjalanannya pada 5 knot. Wap udara seterusnya akan tertumpu pada kawasan
pusaran pada beberapa ketika dan menjadi bertambah berat dan akhirnya akan gugur
sebagai air hujan.
Konsep mudah:
Kenderaan akan
memperlahankan kenderaan jika menghampiri lampu trafik berwarna merah lalu kenderaan
akan bertambah banyak pada beberapa ketika.
Insyaallah,
kita akan bersambung pada ruangan yang berikutnya.
Wassalam.



No comments:
Post a Comment